1. Apakah maksud topeng muka?
Topeng adalah sejenis
hasil kraf yang dibuat untuk menggambarkan rupa manusia,haiwan, buah-buahan atau watak-watak
fantasi.Topeng dipakai untuk menutupi bahagian di sekeliling mata,muka atau
keseluruhan kepala.Terdapat tiga jenis topeng iaitu topeng mata,topeng muka dan
topeng serkup.Tetapi kali ini kamu akan diajar cara membuat topeng muka haiwan.
Proses membuat topeng
muka bermula dengan membuat garisan untuk membentuk rupa topeng. Terdapat
garisan lurus, lengkung dan juga bergetar dalam penghasilan topeng.Topeng muka yang
dihasilkan perlu mempunyai keseimbangan bentuk. Semasa membuat kemasan pelbagai
warna yang boleh digunakan sama ada warna primer, sekunder atau tertier.
Sila klik pada alamat
website yang terdapat di bawah untuk melihat beberapa contoh topeng.
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTxcvfz7hR6vft-igpqcUNSX1AJOixy2x8PBJDy-kU6ifteUV1DlA
2. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat topeng muka.
2. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat topeng muka.
3. Mula-mula lakarkan rupa haiwan yang diingini.
4. Kemudian gunting mengikut garisan yang dilukis.
5. Lukiskan mata hidung dan mulut. Pastikan kedudukan mata, hidung dan mulut seimbang untuk menghasilkan topeng yang menarik.
6. Hiaskan topeng kamu mengikut kreativiti.
7. Beberapa contoh topeng muka haiwan yang telah siap dihasilkan.
8. Hasilkan topeng muka kamu sendiri dan bawa ke sekolah untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan semasa mata pelajaran Dunia Seni Visual.